Penubuhan NGO Punca Raja Badruddin Hakim Shah

2013 merupakan tahun dimana beliau bersama beberapa kumpulan penggiat seni Terengganu secara serious memulakan usaha untuk menghimpun serta mengetengahkan industri kesenian dan kebudayaan serta warisan Terengganu menerusi sebuah Kreatif Kolektif yang diberi nama Punca.

Diasaskan oleh beliau sendiri bersama Muhammad Amin Fitri, Mohd Naim, Nor Hilmi Zakaria, Norul Hidayah dan Faizal Sulong selaku penasihat.

Logo Punca Kreatif Kolektif 2013

Beliau memperkenalkan logo Punca dengan mengolah simbol √ yang seringkali digunakan didalam ilmu Matematika. "Kuasa" dua memberi makna dua K iaitu memberi makna:

Kreatif [kréa.tif] | کرياتيف

Definisi : (kréatif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

dan

Kolektif [ko.lék.tif] | کوليکتيف


Definisi : (koléktif) bersama-sama atau be­ramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melaku­kan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik ber­sama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan meng­kolektifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bulatan yang melingkar simbol Punca bermaksud lingkaran yang menyeluruh.

Sementara warna asas yang terpilih sebagai imej Punca ialah Kelabu yang melambangkan titik tengah warna antara warna tergelap iaitu Hitam dan warna tercerah iaitu Putih yang sinonim kepada panji negeri Terengganu Darul Iman.

Payang Walk Art Festival 2013

Acara Pertama yang diadakan di Bazaar Warisan berhadapan Pasar Besar Kedai Payang anjuran Punca Kreatif Kolektif dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Matlamat utama acara ini adalah untuk mengalakkan aktiviti pelancongan dengan penglibatan penggiat seni dan belia kreatif di Terengganu, mempersembahkan karya dan produk tempatan buatan anak jati Terengganu.

Poster Payang Walk Art Festival anjuran Punca dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.




Ini merupakan julungkalinya acara sebegini diadakan secara besar-besaran dengan penglibatan pelbagai penggiat setelah berpuluhan tahun lamanya. Hasil dari acara ini mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan komuniti didalam Kuala Terengganu khususnya.

Sebahagian peserta dan komuniti yang terlibat menjayakan Pesta Seni Payang Walk 2013





Tigenangkosong #01 2013

Beberapa minggu kemudian selesai Payang Walk Art Festival 2013 diatas permintaan ramai maka lahirlah 360 edisi pertama atau Tigenangkosong #01 2013 yang diadakan di Taman Awam Pantai Batu Buruk .

Poster Tigenangkosong siri pertama anjuran Punca 2013.

Tema pameran seni awam kali ini mengetengahkan kesedaran tentang Buta warna dan menghargai para penggiat yang memiliki kekurangan ini untuk bersama menyumbang bakat mereka kearah memartabatkan seni di dalam dan luar negara ini.

Poster yang direkabentuk oleh beliau juga diinspirasi oleh carta warna Ujian Ishihara sebagai medium perbualan untuk mengetengahkan fungsi setiap warna didalam kehidupan seharian yang jarang dihargai.

Menerusi Punca Kreatif Kolektif, apa yang cuba dibawakan oleh beliau kepada masyarakat awam adalah memecahkan sempadan yang seringkali dipisahkan dengan menjadikan seni suatu yang sangat eksklusif dan hanya layak dinikmati oleh golongan tertentu sahaja didalam hotel-hotel ataupun dewan yang besar semata-mata.







Carboot Sale Punca 2013

Selain daripada memperkenalkan acara seni secara terbuka kepada awam, beliau bersama kumpulan Punca yang lain telahpun memperkenalkan jualan dari boot kereta atau Carboot Sale secara besar-besaran di Dataran Batu Buruk sebagai salah satu alternatif untuk berniaga secara langsung melalui boot kereta mereka. Perlu diingatkan bahawa pada 2013, kegiatan ini sangat jarang ada didalam bandar Kuala Terengganu ketika itu. Bermatlamat agar dapat mentransformasi budaya melepak tanpa hasil itu memberi faedah untuk mempromosikan diri dengan bakat dan kebolehan yang ada kepada orang ramai tentang apa mereka ada untuk didagangkan sambil beramal.

Poster Carboot Sale Punca 2013







Setelah jualan amal boot kereta pertama diadakan pada 25 - 27 July 2013 di Dataran Batu Burok, ianya telah mendapat sambutan dari pelbagai pihak yang terdiri dari usahawan belia dan penggiat. Maka "Kabuk" (atau "Carboot" mengikut dialek Terengganu) dijadikan rebranding yang sesuai untuk diadaptasikan kedalam budaya dan semangat kenegerian. Kabuk Sale diamanahkan oleh Nor Hilmi untuk mengurus dan menyelaras kegiatan ini secara berkala dan diadakan secara setiap hujung bulan atau pada musim percutian.

Logo Kabuk 2014Logo Kabuk yang direbrand semula oleh Ku Bad pada tahun 2016













Forum Seni Punca

Diadakan secara tidak langsung untuk mengisi masa lapang pada musim tengkujuh di Terengganu (yang kebiasaannya bermula dari hujung tahun) dengan bual bicara yang lebih bermanfaat pada masa sama membangun minda para penggiat di dalam Terengganu. Kegiatan ini diselaraskan oleh Ku Bad dengan kerjasama Amin Fitri dan Wan Luqman(Wacko Jacko) selaku moderator yang telah menjayakan siri pertama program ini.

Poster Forum Seni siri pertama 2013






Kemudiannya disertai oleh saudara Asrulrizal, seorang bekas pensyarah ASWARA yang menetap di Kuala Terengganu yang bersetuju untuk turut menyumbang idea dan masa untuk menjayakan program ini.

Poster Forum Seni Yang Berbunyi, siri ke-2, 2013






Buatan Tranung 2014

Hasil daripada penyelidikkan dan sesi brainstorming bersama kalangan ahli dan komuniti menghasilkan yang dinamakan "Buatan Tranung" iaitu satu penjenamaan atau supporting label yang menyokong penuh segala jenis produk tempatan yang dihasilkan di Terengganu dengan tujuan mempromosikan Terengganu. Diatas persetujuan umum dengan sokongan pelbagai pempengaruh pada ketika itu yang turut serta menyokong untuk memperkasakan promosi dengan slogan "buatan tranung hok kite".

Logo Buatan Tranung 2014 rekaan Ku Bad






Gerakan Seni Jalanan di Kuala Terengganu

Setelah selesai acara siri ke-2 Tigenangkosong: Art In The Park di Taman Lagun Kuala Ibai, Ku Bad bersama Kolektif Kreatif Punca menerima undangan untuk bekerjasama dengan TLP Action Team yang dianggotai oleh Arkitek Tempatan Datuk Low Wan Cheong dan Mishesh Ramesh untuk menyertai projek pengindahan lorong-lorong di Kampung Cina, Kuala Terengganu . Ini merupakan suatu impian yang menjadi kenyataan buat Ku Bad kerana pada awal tahun tersebut beliau bersama Punca pernah mencadangkan untuk membuat satu seni mural di bahagian dinding Bazaar Warisan sebagai tarikan pelancong sempena Payang Walk Art Festival namun pihak yang terlibat hanya menganggap ianya sebagai satu tindakan "vandalisme".

Ku Bad-Lorong Batik Kampung Cina 2014


Beliau diikuti dengan barisan penggiat seni yang terlibat untuk Fasa 1 adalah:

  • Wan Coreng-coreng
  • Izyan Munirah
  • Nim
  • Arissa Arifin
  • Cik Epal
  • Nasir Ali
  • Amer Narani
  • Team Wearegrafy (Amin Fitri, Tengku Abdul Muizz)
  • Sabra
Ku Bad dan TINTA Punca ketika membuat R&D di Laman Seni Shah Alam 2014






Barisan penggiat yang terlibat untuk Fasa ke 2 adalah:

  • Fyn Annuar atau Perempuanmelawanart
  • Nisa atau Senikataniesa
  • Igersganu
  • Dayangdeno
  • Wan Imadi Kamaludin
  • Amer Narani
  • Khairul Azmi

Kitar-Reka 2015

Logo Kitar-Reka oleh Ku Bad, 2015

Kitar & Reka atau KRAFT(Kita-Reka Art Factory Terengganu) diasaskan oleh Ku Bad, Mishesh Ramesh dan Low Wan Cheong pada 4 June 2015. Adalah hasil kerjasama antara Punca dan TLP Action Team. Tujuan utama wujudnya adalah menggunapakai kreativiti dengan hasil produk yang dikitar semula pada masa sama memberi galakkan kepada penglibatan dan kolaborasi pelbagai pihak.


Diusahakan oleh dua belia kreatif iaitu Madi Kamaludin dan Amer Narani sebagai in house designer atau "KRAFTER" kemudian diurus oleh Amin Fitri, Amirul dan Norul Hidayah dan dibantu oleh intern Nur Safwani. Ia merupakan satu pilot project yang dijalankan untuk membuka ruang kepada orang ramai melihat proses kreatif yang dijalankan. Workshop yang terletak di tengah Kampung Cina dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu sempena Peranakan Festival 2015.

Ku Bad bersama MB Terengganu sempena Peranakan Festival 2015





Duyong Art Festival 2015

Punca berkerjasama dengan komuniti Duyong Art Gallery untuk menjayakan Festival Kesenian tempatan yang bertujuan mengetengahkan hasil seni tempatan di sekitar Pulau Duyong yang cukup terkenal dengan karyawan-karyawan seni yang terdahulu dan kini.

Lakaran kasar Ku Bad untuk Duyong Art Festival 2015





Punca diberi tanggungjawab untuk menyelia para vendor kreatif yang terlibat untuk segmen jualan kreatif yang kemudiannya hasil dari mesyuarat memutuskan Amer Narani untuk mewakili Punca menguruskannya. Pada peringkat awal perbincangan Ku Bad telah mengetengahkan idea untuk menggunakan jeti sebagai konsep utama untuk tarikan pengunjung, namun tidak dipersetujui sepenuhnya kerana bimbang atas aspek keselamatan. Tapi dengan mengambil langkah yang berjaga-jaga perancangan tersebut tetap diteruskan dan itu menjadi antara tarikan utama atau trademark kepada acara Duyong Art Festival yang begitu sinonim hingga ke hari ini.

Keratan Akhbar DAF2015









Carfood Sale 2015

Carfood Sale diperkenalkan hasil dari perbincangan sesama komuniti. Idea asalnya adalah untuk memperkenalkan jualan makanan dan minuman berkonsep dengan persembahan yang sederhana berbeza dengan acara festival makanan yang terdapat dimana-mana.

Dengan kerjasama TLP Action Team, JKKK Kampung Cina bersama Groovy Soda dan Tranunglicious maka Carfood Sale pertama diadakan pada 1 dan 2 May 2015 bertempat di Pentas Kampung Cina, Kuala Terengganu menyajikan pelbagai hidangan dan aktiviti yang menarik.

Poster pertama Carfood Sale 2015

Setelah mendapat sambutan yang mengalakkan maka diatas idea melanjutkan kepada pengisian bulan Ramadan tahun tersebut maka wujudlah yang dikenali kini sebagai Carfood sahur yang merupakan salah satu perintis yang memperkenalkan acara yang diadakan setiap tahun di bulan Ramadan.



Rujukan

WikiPedia: Raja Badruddin Hakim Shah https://www.instagram.com/kubad_/ https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2... https://www.sinarharian.com.my/article/69473/berit... https://www.trdi.my/tujuh-perdana-menteri-hiasi-di... https://en.wikipedia.org/wiki/Car_boot_sale https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/02/... https://gempak.com/rojakdaily/news/local-artists-c... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/... https://kitareporters.com/gaya/zPdyPk5RbQ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354873/...